bground





Tuesday, July 27, 2010

Apa itu Penyelidikan?



Menjalankan penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut, menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan lebih mendalam. Namun setiap orang ada pendapat yang berbeza dan mempunyai pelbagai definasinya yang tersendiri.

Di antaranya adalah:


■  Penyelidikan di definasikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik, dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan manusia sejagat. (Manheim, 1998)

■  Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengunakan kaedah mengenalpasti dan persoalan yang sedang digunapakai oleh sarjana-sarjana di dalam bidang tersebut. (Helmstadter, 1987)

■  Penyelidikan adalah suatu penyiasatan atau ujikaji yang bertujuan menemukan dan mengintrepretasikan fakta-fakta, mengulang semula teori yang diterima didalam penemuan baru atau amalan penggunaan teori atau undang undang dan peraturan baru atau yang digunapakai semula. (Woolf, 1975)

■  Penyelidikan adalah persoalan berhati-hati atau pengujian bertujuan mendapatkan atau menemukan maklumat atau perhubungan dan mengembangkan dan mengesahkan pengetahuan tersedia (Rummel dan Ballaine – Research and Methodology in Business)